Thursday, December 16, 2010

Kereta PErtama..KELISA..

       Salam semua...Untuk ke sekian kalinya Alrazi dapat kereta yang pertama kali dalam hidup Alrazi.Alhamdulilah setakat nie sume OK berkaitan dengan kereta tue.Cuma lepas Alrazi terima kete tue,banyak yang perlu dimantopkan.Timing belt,alarm,monitoring(ye kot) dll..Nie pun atas nama ayah Alrazi.Ayah suruh Alrazi bawak,bayar sendiri kete nie tiap2 bulan(RM310)..pas nie Alrazi bawak ke UMP,cadang nak buat kereta sewa(kate orang lumayan klaw buat kete sewa nie untuk student U)..InsyaAllah sumenya berjalan lancar..nak tengok gambar nanti Alrazi Upload kete kesayangan Alrazi tue..WLB 7798..:)..K la,t kete bertemu lagi dalam post yang laen pulak..WAssalam..

Wednesday, December 8, 2010

PROTON,PERODUA vs MITSUBISHI,HONDA,LOTUS..

               
     Salam blogger sekali lagi..artikal sebelum nie alRazi ada mengunjungi pameran Motorshow 2010..Apa yang nak alRazi kupaskan disini berkaitan suatu pandangan rakyat kita yang memandang enteng kepada kereta berjenama PROTON dan PERODUA…memang tak alRazi nafikan,kereta berjenama tepatan banyak kekurangan dari pelbagai aspek.Tapi jangan la kita bandingkan dengan jenama luar yang lain,orang kata bagai langit dan bumi..PROTON misalnya,mereka buat kereta tahun 1984(kalau xsilap la) bandingkan dengan TOYOTA yang first membuat kereta tahun 1960,FORD pula pada tahun 1903.Secara logiknya kawan2 sume mesti la FORD dan TOYOTA lagi lama dan mereka banyak pengalaman dan kepakaran berbanding dengan PROTON..Itula yang cbe alRazi nak kupaskan..cme kita sebagai rakyat Malaysia,berikan komen yang bernas dan SOKONG jenama Malaysia.jangan la kita memberi komen dengan membabi buta sedangkan komen kita itu merosakkan seseorang..berikan PROTON dan PERODUA masa dan support yang datangnya dari kita,orang MALAYSIA..:-)


MotorShow 2010,BesT!!!!



      Salam blogger sume…baru2 nie alRazi berkesempatan pergi ke MotorShow 2010 yang diadakan di PWTC.AlRazi pergi hari Isnin tapi sambutan nye amat menggalakkan.Mane tidaknya,alRazi sampai awal pukul 10pg tapi masa itu ramai pengunjung dah beratur panjang untuk membeli tiket masuk (RM15).Dapat banyak pengetahuan berkaitan bidang automobil, lagi2 yang berkaitan dengan teknologi daripada PROTON dan PERODUA..Nak cerita,teknologi yang dicipta oleh dua syarikat automobile besar Negara dengan kerjasama syarikat aotomobil luar,alRazi tengok memang memberikan impak positif dan amat menarik..sekalung TAHNIAH alRazi ucapkan kepada dua syarikat besar automobil Negara kita..Di sini alRazi selitkan sedikit design2 kereta “Future”, “Green Technology” untuk sume tatapan pengunjung blog alRazi..:-)