Sunday, October 16, 2011

Games menghina Islam


Rasanya, boleh dikatakan semua dari kita pernah main game kan? lebih-lebih lagi budak-budak lelaki.. Tapi tahukah korang dalam banyak-banyak game yang kita dok main tu, ada sesetengahnya berunsur menghina Islam dan cuba menjatuhkan Islam secara sulit. Yang mengejutkan, kebanyakannya adalah game yang femes dan menjadi kegilaan kita. Game apa yang menghina Islam?


1. Devil May Cry 3


Antara game yang pernah menjadi peberet aku..ciss.. game pasal penentang syaitan yang perlu melalui 12 pintu sebelum bertemu penghulu syaitan di pintu terakhir dan setiap pintunya ada memaparkan kalimah Allah.. Pintu terakhir tu pula dibuat menyamai pintu kaabah dan kononnya pintu penghubung diantara dunia syaitan dengan dunia nyata.

Pintu itu akan dibuka oleh sorang pengamal ilmu hitam dengan membaca ayat yang bila diterjemahkan berbunyi seperti "wahai pintu yang menghubungkan kegelapan"...dan seterusnya membaca ayat di dalam kitab yang dipegangnya. Ayat yang berbunyi "Wrath, Sloth, Lust, Gluttony, Greed, Pride dan Envy" yang disebut itu dipercayai 7 ayat kemusnahan yang terdapat didalam bible.

*lihat betul-betul pintu


*pintu Kaabah



2.Clive Barker Undying



Aku tak pernah main game ni. Permainan mengenai perlawanan dengan syaitan ni menggambarkan istana yang diduduki oleh syaitan-syaitan tu penuh dengan kalimah Allah. Maknanya orang yang menyembah Allah itu adalah sekutu kepada syaitan.


*nampak jelaskan tulisan tu?




3. Prince Of Persia

Antara game yang cukup femes..Kalu di perhatikan, pedang pada watak tu ada tertera tulisan Kaligrafi Arabic Alphabatic yang bermaksud "Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat". Amat jelas ayat tu adalah sabda dari Rasulullah saw..


Ayat dengan maksud tersebut yang tertera dipedang adalah untuk menunjukkan Islam itu disebarkan melalui mata pedang.. Mereka ingin menunjukkan betapa Islam itu memaksa orang lain untuk memeluk agama Islam sewaktu penyebarannya dulu..




4.Counter Strike Condition Zero Deleted Scenes


Dalam game yang teramat femes ni, semasa first stage memerlukan kita menembak askar pengganas yang kononnya Islam.. bila kena tembak mereka akan menjerit "Allahuakhbar" dan "Jihad"... Kononnya umat Islam itu terrorist..



5. Zack And Wikki


Aku tak tahu pon  game ni pasal apa..tak pernah dengar pon selama ni.. tapi korang boleh tengok video dari sedutan game ni..cuba dengar baik-baik..pada minit ke 0:20 dan 0:44, korang boleh dengar laungan yang berbunyi "Allahuakhbar"...






6. Stronghold Crusader


Permainan dengan watak crusader yang menentang musuhnya..Game ni sebenarnya pasal perang salib..so paham-paham la apa yang berlaku semasa perang salib dan siapa yang dikatakan pihak musuh..



7. Guitar Hero 3 Legends Of Rock


Pasal game ni aku tak berapa pasti.. Kalu dilihat pada screenshot, ada yang kata mereka dok pijak kalimah Allah.. dan memang ada unsur penghinaan..tapi ada jugak yang kata mungkin itu kebetulan dengan lambang virgo yang nampak secara terbalik 180 darjah..


Lambang virgo:


dan kalau diterbalikkan 180 darjah akan jadi macam ni :



Bagi pendapat aku sendiri, aku mengatakan tu adalah lambang virgo. Alasan paling ringkas aku bagi ialah tulisan tu tak jelas menunjukkan kalimah Allah dan takde huruf Aliff di pangkalnya. Sebab lain aku katakan tu lambang virgo ialah, cuba tengok  kat kaki mamat sorang lagi yang pakai topi tu.. tu adalah lambang taurus.  

lambang taurus :



Terserah kepada korang untuk membuat penilaian masing-masing...



8.Resident Evil 4



Juga antara game yang femes gila-gila..Game yang mengisahkan tentang virus yang bahaya dan zomba zombie kampung pisang serta misi untuk menyelamatkan anak presiden Amerika yang diculik oleh geng Los Illuminados.. Tentu korang tahu pasal Illuminati kan? Tengok gambar lambang illuminati ni...

  
*Lambang Illuminati pada loket


*babak dalam game



*zoom kat pintu tu... Apakah korang pernah tengok pintu ni?




*Apakah bezanya pintu itu dengan pintu Omar bin Khattab, di  Masjid Nabawi, Madinah?


Hmm..sama je kan? yang beza sikit je kat lambang tengah tu.. tulisan kat tengah tu telah dimasukkan dengan lambang illuminati.. tu je~



perbezaan pintu sebenar dengan pintu dalam game...





Sungguh halus perancangan Yahudi untuk menghaspus dan menghina Islam bahkan dalam game pon ada diterapkan..sebenarnya masih banyak game lain yang turut mempunyai unsur sebegini.. tu belum sentuh bab movie, iklan video, video klip lagu dan sebagainya.. Pesan aku, berhati-hatilah dengan permainan Yahudi ni.. tanpa kita sedar sebenarnya kita dah semakin hanyut mengikut rentak yang dirancang oleh yahudi sejak bertahun-tahun lamanya...Percayalah, kita sekarang ni sedang menari mengikut rentak dendangan yahudi.. bila tiba masanya mereka akan melanyak kita secukupnya. Kemajuan yang kita kecap hari ni juga adalah agenda mereka.. Kemajuan memerlukan kemewahan.. kemewahan menjadikan kita lalai. kelalaian akan membuka ruang untuk mereka menyembelih mangsanya..

Ingat nih, kalu korang ada game-game gini, baik uninstall je.. jika ada CD, buangkan atau berikan kepada JAIS atau badan-badan agama yang berkaitan..Mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995, mana-mana orang Islam yang memiliki, menyimpan atau menjual bahan menghina Islam boleh dipenjara maksimum lima tahun atau denda RM5,000 ataupun kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Hukuman bagi orang bukan Islam yang terbukti menyimpan, menjual atau memiliki bahan itu, akan dirujuk kepada Kementerian Dalam Negeri.




sumber maklumat dan rujukan :  Sharing Knowledge

Sunday, July 10, 2011

Biar betul Menang 30K??!!



SAlam semua..ari nie alhamdulilah la kehidupan pagi yang nyaman,hahahh

Nak dibukak cerita dua hari lepas punya cerita

Sedang aku sibuk bermeeting

dengan senior2 pelaksana untuk Kemasukkan Pelajar Baru sesi semester baru
aku dikejutkan dengan satu mesej,mula tak sedar la,
orang meetingkan,pe lagi SILENT LA..


lepas meeting tue tak taw nak buat apa,tengok la phone,
"aik,ade mesej daa",pe lagi aku pun bukak la mesej tue


LAst2,ak dapat mesej nie

 ^
^
^
^

nie CONTOH ea,ak nye phone bukan dapat macam nie


^
^

aik,biar betul,30K tue,saper yang xterkejut,dari CoCA CoLA lak,pergh..
tapi korang jangan la percaya lak,hahah


tapi ape aku wat pas tue?saje nak test akal orang bg mesej nie..
aku pun hantar la mesej reply kat die..
no MALAYSIA..
ala yang macam nie la ak dapat +011123456789(CONTOH)

Then bermula la perbualan aku dengan pengantar mesej kelakar nie



aku : halo,sy dpt mesej yg simkad saya menang cabutan bertuah betul ke?

Org tu: Iya..boleh mintak number talipon encik?"

Aku: Aik klu da sim card aku yg menang x kan ko tak tau no simcard aku?

org tu: kami x simpan rekod nya encik. xpelah boleh bg number acc supaya senang kami transfer duit nya nanti..( yelah senang ko nak transfer duit aku kat acc ko kan??)

Aku: Hahah.encik,ko nie kan @#@!!#%$%^^&*^%$$##$^^$## (ha,padan muke ko kan dah kene)


haaa,tue la ingat aku nie B..D..H kew..

jadi korang kalaw dapat mesej gini,jangan la mudah sgt bagi no acc bank korang..
INGAT,nak kaya dengan HALAL,mesti mau susah bah,
takde nye seseorang CEO tue leh naik jadi CEO sesenang je klo
tak die bermula dari bawah.


Nak beli kete nie pun korang kene la keje bersungguh2



Teringat dengan ayah aku,die ade la komen pasal nie
"aku nie yang dah keje hampir 40tahun,dah nak bersara,xpernah pun duduk je leh dapat duit..nak dapat duit,kene la kluar peluh"hahahha

bila pikir lagi,memang betol la cakap ayah aku tue,dah life cycle
atau sunatuAllah nye,kalau nak berjaya,KITA mesti bersusah payah..


PEACE NO WAR,BRO!!






10 things about Me

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog picisan ini =)

Tetiba tertarik dengan benda alah ini. Actually dapat idea nie dari satu blog nie..tue yg bwat mcm die gak,hahahh..

K,here 10 things about me,


10 benda pasal aku


 Junior


 (1) Dikenali sebagai Amirul atau lebih dikenali alRazi

(2) Belum kawen.Tapi dah ada calon sesuai.kene tunggu 5 tahun lagi.Nanti korang akan dapat kad jemputan ea,jangan risau.;-)


 JAri suami isTri









(3) Bakal menjadi Jurutera dalam bidang kimia.Sekarang menuntut di tahun kedua Kejuruteraan Kimia di UMP,Pahang.






(4) Pernah bercita-cita menjadi ahli forensik.Nie pasal tengok kawan ayah keje bidang forensik unit Bukit Aman.





(5) Amat sensitif bile sentuh bab makanan.lmbt,terlebih waktu makan,saya mesti akan dapat gastrik.nak wat cmne,kurus melidi,hahaha

(6) Dibesarkan di Klang,bersekolah di Klang,Kuala Kubu Bharu then smbg matrik kat NS..sekarang sambung degree kat UMP,gambang,Pahang.

(7)  Amat sayang akan bangsa dan agama.Dua elemen penting yang perlu dijaga.


(8)  Suka mengikut perkembangan politik negara.setakat nie di rahsiakan sokong parti mane.Mempunyai pendirian dan pendapat tersendiri dalam politik.POLITIK adalah KOTOR.


(9)  Tidak pandai dalam blogging sebenarnye.Tak pandai sangat2.


(10) Mahu menjadi diri sendiri.



akhir sekali,


 


SENYUM,nGeeeeeeee..

ruMaH peLIK dUNia..

sALAM sume..

sihat tak anda semua hari nie?
soklan lbh kurang klaw kite nak tegur sesiapa pun,hahahha

sbb tue la kite nie mmg ske sgt ulang bende same tiap2 mase,tapi untuk entry ak kali nie,sje nak kongsi dengan korang rumak pelik kat dunia nie..

oh ya! ce korang tengok gambar2 bawah nie! smartt an?

1. Umah terbalik. woaaah! xpenah ku tengok design umah terbalik nie.

2. Umah kasut. Umah sape la nie..


3.  Ni umah apa ntah. jet eh? tapi mcm best kan.


4. Nie lagi Unik. cmne la nak dok ats umah nie.


5. Wahh strawberry. Comeyl je!


6. Yang nie series smart!


7. Umah kereta.


macam-macam kan orang sekarang ;) korang nak yang mana 1? ak pilih umah ala2 ekslusif la..xpasal la nak bwat umah mcm kat ats nie... hahah

k,jumpa laen kali..bye2

kAwaN keHiduPan..

entry nie ak tulis sbb teringat kawan ak..IZHAN..

kalo ko bce blog ak nie,hope sgt ak dapat jumpa ko.Ko kawan ak dari kecik g izhan.andai ko bce blog nie,harap sangat ko ingat janji kita waktu kecik2 dlu.macam mane tiga org sahabat baik AMIRUL,SYAFIQ,dan IZHAN jumpa duduk,main,buat kecoh..ko xingat semua tue..???


ak baru2 nie dapat contact dengan USTAZAH AZIAN..ko ingat kat die lagi x?ustazah yang banyak layan kerenah student die..dulu ingat x waktu tadika,ak dengan ko mesti balik sme2 setiap kali nak balik umah.mane xnye,ak dengan ko kan blok A..:-)..blok sme,anak polis..Ha,pe citer En.Yunus?sihat?mak ko camne?


dulu bila ujian atau periksa,setiap kali periksa la,mesti ak akan fight dengan ko.dari tadika sampai kite same2 UPSR.cme tue la,perjalanan hidup kite berlainan.aku ditakdirkan masuk MRSM.ko sekolah agama.tapi tue la,maybe rezeki ko kat sekolah tue xde.

Ingat lagi,bila ak dapat cuti MRSM je,blik je rumah,mesti ak p cari ko.mane xnye,banyak crita ak nak crita kat ko.tapi perasaan nak jumpa ko tue makin tahun makin kurang.ak mintak maaf.maybe mase tue ko ingat ak nak menjauhkan diri ak dari ko tp xsebenarnye kawan,ak malu sbb ak rase korang dah xnak kawan ak sbb ak msuk asrama.lagipun ak nie kan dlu xbrapa nak ikut korang.tapi sebenarnye,setiap kali balik umah,ak selalu cari ko cme mase tue maybe ko pun dah laen ak tengok.ak dengar pun sejak f3,ko makin mengikut perasaan remaja sgt.rempit..

ak ade dgr ko kemalangan sbb rempit,tapi sorry kawan ak xdpt nak melawat ko.ak bz sgt dengan target untuk PMR ak.Bila pikir balik,banyak kenagan ak dengan ko especially..

paling ak xlpe waktu ak nak pindah umah dlu,ko dtg kat umah ak n wish bye kat ak.taw x izhan,ak sedih gle nak tingglkan kwn2 ak kat klang dlu.lagi2 sejak 2 tahun sebelum tue,mmg jarang ak jumpa ko.ttibe waktu ak nak gerak tue,ko datang n wish.dalam perjalanan ke pahang tue,ak sayu bila teringat semua kenangan2 ak,ko,dengan kawan2 laen.ak hope pas nie,ak msih berpeluang tuk p cne.


Sekarang ak bangga sbb kawan2 ak semua berjaya..ak kat UMP(kejuruteraan Kimia),syafiq kat UITM PENANG(kejuruteraan awam),syahirah kat UM(perakaunan),hisyam kat poli,hafizuddin kat poli dah graduate kot(xsilap ak tgh praktikal bidang komputer)..





ak hope kwn2 ak tyme kat tadika kemas pangsapuri polis andalas n SEK.KEB Taman Sri andalas especially yang duduk kat Pangsapuri Polis Taman Sri Andalas,Klsng..inga g kat kat ak..hope kite dpt wat reunion sekali dengan ustazah azian(baru dapat contact die baru2 nie drpd afiqah(budak bijak)..:-)


THANZ KAWAN..

Sunday, June 19, 2011

Aura Warna - mengikut hari


Aku terima maklumat pasal aura warna ni melalui email, aku copy kan di sini untuk dikongsi bersama, betul atau salah tidak dapatla dipastikan. Artikel tersebut seperti di bawah ni:-
Berdasarkan The Low of Repeatition of Cronology ("Hukum Kronologi Berulang" yang merupakan cabang ilmu Hukum Keseimbangan), hari yang datang secara berulang-ulang setiap tujuh bilangan juga membawa bersama sesuatu vibration (visual light) yang mendominasi hari tersebut. Setiap hari akan membawa vibration dominasi yang berbeza dan ia berulang semula setelah lengkap satu pusingan yang memakan masa enam masa kejadian alam. Setiap ulangan adalah tetap dan mematuhi The Low of Repeatition of Cronology. Vibration visual light yang disukat menyamai dengan frequensi warna. Jadual di bawah menunjukkan ketetapan vibration yang dikesan mendominasi setiap hari.
ISNIN, PUTIH (Gabungan / istirehat / pertahanan) 0- 279 nanometer
SELASA, PINK / VIOLET(Kesucian rohani) 380- 489 nanometer
RABU, BIRU (Kasih sayang / tumpuan) 490- 544 nanometer
KHAMIS, KUNING / OREN (Pemikiran / tenaga) 555-729 nanometer
JUMAAT, HIJAU (Keseimbangan / iman) 545- 554 nanometer
SABTU, MERAH (Keberanian / tuah / kemewahan) 730- 780 nanometer
AHAD, HITAM (Keberanian / tuah / kemewahan) 0- 279 nanometer
Walaupun warna putih dan hitam mempunyi bacaan yang sama, tetapi bezanya ialah penyerakan zarah atmosfera (medium vibration) pada hari isnin adalah rawak (menyamai konsep the state of metter of gases) dan penyerakkan zarah atmosfera pada hari ahad adalah setempat (menyamai konsep the state of metter of water).
Dengan menggunakan beberapa peralatan canggih seperti spectrum analyzer, kita dapat menentukan vibration visual light yang tersebar di dalam atmosfera dalam sesuatu hari malah dalam sesuatu waktu dan keadaan.
Hasil daripada kajian ini, berikut ialah beberapa contoh penemuan saintifik hasil kajian terhadap warna yang resonan terhadap sesuatu hari. Penemuan ini diterangkan dalam bentuk Human Physiology.
ISNINWarna PUTIH adalah warna perangsang Kelenjar Pineal (http://rawatankesihatan.blogspot.com/2007/06/ringkasan-formula-nw-1.html) dan Kelenjar Pitutary (http://rawatankesihatan.blogspot.com/2007/06/ringkasan-formula-nw-2.html). Warna putih akan diserap oleh saraf sekiranya tubuh berada dalam keadaan hening. Salah satu cara untuk mendapatkan keheningan ialah dengan tidur awal. Mereka yang tidak mendapat waktu tidur yang betul akan menjadi lemah semangat, letih dan tidak bersedia menghadapi hari Isnin. Biasanya mereka yang tidak mendapat warna perangsang ini akan merasa malas untuk ke tempat kerja setiap hari Isnin.

Jika kita mendapat tidur yang mencukupi, hari Isnin sepatutnya ialah hari yang paling sesuai untuk mencetuskan idea baru, merangsang semangat dan melahirkan keazaman yang baru. Isnin ialah hari terbaik untuk menyelesaikan segala masalah yang tertunggak kerana penyelesaian pada hari Isnin adalah lebih kreatif dan efisyen pada hari ini.
Bunga warna putih jauh lebih mekar pada hari Isnin berbanding hari lain. Pokok bunga putih yang ditanam pada hari yang lain biasanya sukar untuk hidup atau berbunga tetapi masalah ini boleh diatasi sekiranya ia ditanam pada hari Isnin.

Rawatan yang sesuai dijalankan pada hari Isnin ialah penyakit seperti lemah semangat, kelesuan, hilang keyakinan diri, halusinasi, pelupa, epilepsi, amnesia (nyanyuk) dan beberapa penyakit lain yang berkaitan dengan Kelenjar Pineal (http://rawatankesihatan.blogspot.com/2007/06/ringkasan-formula-nw-1.html) dan Kelenjar Pitutary (http://rawatankesihatan.blogspot.com/2007/06/ringkasan-formula-nw-2.html). Mereka yang mendapatkan rawatan seperi yang dinyatakan di atas didapati akan lebih cepat sembuh berbanding dengan hari lain, Insya Allah.
SELASA
Warna PINK ialah warna kasih sayang dan menyamai dengan vibration bahagian Thalamus (http://rawatankesihatan.blogspot.com/2007/06/ringkasan-formula-nw-3.html). Mereka yang mengalami migrain akan merasa kelegaan setiap hari selasa.

Thalamus berperanan menjaga kasih sayang dan penghayatan. Hari ini ialah hari yang paling sesuai untuk beremosi, meluahkan perasaan kasih sayang kepada pasangan masing-masing. Ini juga adalah hari yang sesuai untuk mengembara atau bermusafir ke destinasi yang jauh kerana masalah tersesat atau keletihan setika sedang mengembara diimbangi dengan tahap penghayatan yang tinggi pada hari ini.

Dengan berpakaian pink, kuasa pujukkan terhadap anak atau pelajar yang degil bertambah kuat. Begitu juga pujukan terhadap pesakit atau orang yang ingin membunuh diri. Elakkan memakai pakaian merah untuk memujuk meraka kerana mereka akan menentangnya dengan serta merata dan akan meneruskan hasratnya untuk membunuh diri dengan sekelip mata. Anggota bomba perlu menukar pakaian ke warna pink sebelum memujuk orang yang mahu membunuh diri.

Rawatan yang sesuai dijalankan pada Selasa ialah migrain, Attention-Deficit / Hyperactivity Disorder ADHD (kanak-kanak bermasalah) atau yang berkaitan dengan bahagian otak Thalamus (http://rawatankesihatan.blogspot.com/2007/06/ringkasan-formula-nw-3.html).
RABU
Warna BIRU ialah warna perangsang kelenjar Tyroid (http://rawatankesihatan.blogspot.com/2007/06/ringkasan-formula-nw-9.html). Biru ialah warna yang menjadikan gelombang dalam bentuk bunyi lebih resonan. Pada hari Rabu didapati kicauan burung lebih merdu (resonan dan bermomentum, tidak terputus-putus garisan gelombangnya).

Pada hari Rabu, didapati paras hormon thyroxine (T4) yang dirembeskan oleh Kelenjar Tyroid (http://rawatankesihatan.blogspot.com/2007/06/ringkasan-formula-nw-9.html) berada pada tahap optimum. Paras thyroxine yang optimum menjadikan segala yang dihasratkan oleh hati dapat diluahkan dengan berkesan melalui kata-kata. Oleh itu, hari rabu ialah hari yang paling sesuai untuk berucap, berkata-kata, berhujah, bersidang, bermesyurat, berpidato dan sebagainya.

Berbanding dengan hari yang lain, penyakit yang berkaitan dengan Tyroid (http://rawatankesihatan.blogspot.com/2007/06/ringkasan-formula-nw-9.html) seperi goiter (beguk), tongsel, penyakit kerongkong dan sebagainya akan mudah pulih sekiranya mula dirawat pada hari Rabu.
KHAMIS
Warna KUNING ialah warna rangsangan sistem penghadaman (http://rawatankesihatan.blogspot.com/2007/06/ringkasan-formula-nw-12.html, http://rawatankesihatan.blogspot.com/2007/06/ringksan-formula-nw-13.html, http://rawatankesihatan.blogspot.com/2007/06/ringkasan-formula-nw-14.html, http://rawatankesihatan.blogspot.com/2007/06/ringkasan-formula-nw-15.html) dan warna oren ialah warna kesuburan, hormon dan sistem reproduksi (http://rawatankesihatan.blogspot.com/2007/06/ringkasan-formula-nw-16.html, http://rawatankesihatan.blogspot.com/2007/06/ringkasan-formula-nw-17.html).

Kemuncak warna kuning ialah sepanjang siang hari. Pada hari ini dinasihatkan agar kita tidak makan terlalu banyak pada waktu siang untuk memberi peluang sistem penghadaman menjalankan fungsi dengan sepenuhnya. Sistem penghadaman yang amat bertenaga pada hari ini sesuai untuk menghadamkan segala sisa makanan di dalam tubuh untuk menjadi zat dan tenaga yang amat diperlukan. Pada hari Khamis, asid folik yang amat sukar dihasilkan pada hari biasa didapati dapat dihasilkan dengan banyak dalam tubuh. Bagi mereka yang berdiet pada hari Khamis, didapati kandungan urik asid, lemak dan protein dipecahkan dan ditukar menjadi tenaga dalam kuantiti yang banyak.

Warna oren merangsang sistem kesuburan lalaki dan wanita. Oleh itu, hari khamis ialah hari yang terbaik untuk merancang zuriat yang sihat.

Pada hari Khamis, penyakit yang berkaitan dengan sistem penghadaman dan sistem reproduksi mudah dirawat dan mencapai tahap penyumbuhan yang pantas berbanding apabila ia dirawat pada hari yang lain.
JUMAAT
HIJAU
 ialah tahap vibration yang menyamai tenaga yang merangsang fungsi Jantung (http://rawatankesihatan.blogspot.com/2007/06/ringkasan-formula-nw-11.html) dan Paru-paru (http://rawatankesihatan.blogspot.com/2007/06/ringkasan-formula-nw-10.html).

Pada hari Jumaat, didapati aktiviti klorofil sangat aktif dan membebaskan oksigen pada tahap yang paling maksumum. Kemuncak aktiviti klorofil berlaku pada waktu tengah hari iaitu sejam setelah matahari tergelincir ke barat (sejam setelah solat Jumaat).

Hari Jumaat ialah hari yang sesuai untuk menjalankan senaman pernafasan, bersenam dan beriadah di taman-taman bunga. Senaman pernafasan yang dijalankan pada hari Jumaat akan memeri kesan menakjubkan pada hari ini berbanding hari-hari yang lain.

Biasanya pada hari-hari yang lain kita akan merasa lemas apabila berada dalam himpunan orang ramai. Tetapi amat menghairankan kerana setika di dalam masjid pada waktu solat Jumaat didapati kita tidak merasa lemas atau rimas walaupun saling berhimpit-himpit dengan kesesakkan.

Hari Jumaat ialah hari yang paling sesuai untuk menjalankan rawatan berkenaan penyakit kardiovaskular (Jantung http://rawatankesihatan.blogspot.com/2007/06/ringkasan-formula-nw-11.html) dan respirasi (Paru-paru http://rawatankesihatan.blogspot.com/2007/06/ringkasan-formula-nw-10.html) kerana paras oksigen dalam atmosfera berada pada tahap yang tertinggi pada hari ini.
SABTU
MERAH
 ialah warna yang menyamai vibration bahagian Usus (http://rawatankesihatan.blogspot.com/2007/06/ringkasan-formula-nw-19.html), Otot, Darah (http://rawatankesihatan.blogspot.com/2007/06/ringkasan-formula-nw-18.html), Tulang dan Saraf (http://rawatankesihatan.blogspot.com/2007/06/ringkasan-formula-nw-20.html). Organ yang berwarna merah ini banyak menjalankan aktiviti fizikal tubuh.

Hari sabtu ialah hari yang paling sesuai untuk keluar bersosial, berjumpa rakan-rakan dan saudara mara di samping menjalankan pelbagai aktiviti seperti bersukan, menjalankan aktiviti lasak dan sebagainya.

Bagi mereka yang mengalami penyakit yang berkaitan dengan Usus (http://rawatankesihatan.blogspot.com/2007/06/ringkasan-formula-nw-19.html), Darah dan Otot (http://rawatankesihatan.blogspot.com/2007/06/ringkasan-formula-nw-18.html) atau Tulang dan Saraf (http://rawatankesihatan.blogspot.com/2007/06/ringkasan-formula-nw-20.html), amat sesuai memulakan rawatan pada hari sabtu. Memulakan rawatan bagi penyakit yang berkaitan dengan organ merah ini pada hari yang lain selain sabtu biasanya akan memberi implikasi kesan pembongkaran di mana pesakit akan merasa kesakitan dalam proses penyembuhan.
AHAD
Tenaga spektrum pada hari Ahad adalah menyamai pada hari Isnin. Perbezaannya ialah gerakkan zarah pada hari ahad didapati lebih tertumpu kepada sesuatu kawasan berbanding dengan semua hari yang lain di mana pergerakan zarah adalah rawak. Gerakkan zarah dalam atmosfera amat pelik kerana menyamai keadaan zarah dalam air.

Gabungan semua warna dalam udara akan membentuk warna putih, tetapi gabungan semua warna dalam air akan membentuk warna kegelapan atau hitam. Hari Ahad adalah gabungan semua warna dalam keadaan zarah yang menyamai sifat air.

Gabugan semua warna akan mempertenagakan seluruh tubuh. Tetapi kewujudannya dalan keadaan zarah yang hanya bergerak dalam kawasan setempat menjadikan tenaga ini separa matang (magnitud) dan masih belum mampu mempertenagkan mana-mana bahagian tubuh.

Oleh itu, hari Ahad ialah hari yang sesuai untuk beristirehat. Sebaik-baiknya bercutilah pada dari Ahad. Hari rehat ini ialah hari terbaik untuk bersama keluarga tercinta. Menjalankan sebarang aktiviti teruatamanya aktiviti lasak hanya akan mendatangkan kemudaratan terhadap tubuh.

Memandangkan hari Ahad mempunyai penyerakkan zarah yang tidak stabil, pakaian berwarna hitam mengelakkan dari daripada terdedah kepada golombang asing yang boleh memudaratkan. Pengamal seni mempertahankan diri yang mengenakan mengenakan tali pinggang hitam dan pakaian hitam akan merasa bebas dari kongkongan atau pengaruh gangguan tenaga asing.


Read more: http://alyadina.blogspot.com/2010/01/aura-warna-mengikut-hari.html#ixzz1Pmnm87u8