Saturday, August 4, 2012

Kad Diskaun Siswa 1Malaysia

Bismillah.Satu perkongsian kepada semua rakan-rakan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.


Alhamdulilah,satu berita baik buat semua rakan-rakan siswa di atas bantuan kerajaan membantu pelajar dengan pemberian Kad Diskaun Siswa.Dengan bantuan Kementerian Perdagaan Dalam Negeri, Koperasi, dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang menwujudkan bantuan ini yang akan sedikit sebanyak membantu para pelajar khusus kepada pelajar-pelajar yang mengikut pengajian jangka panjang di IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Dengan bantuan ini, para pelajar dapat menarik nafas lega kerana lagi sekali diberi bantuan untuk mereka menjalankan kehidupan sebagai siswa dan siswi.KADS1M ini bertujuan membantu pelajar mengurangkan kos sara hidup mereka di IPT seMalaysia.



Berikut merupakan carta aliran yang mana pelajar hanya perlu menunggu arahan daripada IPT masing-masing untuk menerima kad ini.




Sekalung penghargaan terima kasih kami sebagai mahasiswa mahasiswi IPT seluruh Malaysia kepada kerajaan Malaysia yang sering kali memandang berat perihal kebajikan kami sebagai pelajar diharapkan dengan bantuan ini dapat membantu kami untuk lebih mencapai kejayaan dalam bidang akademik dan sahsiah.

Oleh itu,nasihat admin kepada diri sendiri dan semua rakan-rakan agar dapat memanfaatkan bantuan ini sebaik mungkin.Dan jadikan bantuan ini sebagai batu loncatan kita untuk lebih berjaya dalam semua bidang yang kita ceburi.

Sebarang masalah boleh merujuk kepada link KADS1M ini untuk lebih maklumat.





Semoga perkongsian post kali ini dapat memberi sedikit sebanyak maklumat dan berita untuk semua. :D