Friday, March 18, 2011

Tips Pilihan Makanan Orang Berdarah 'O' .

Assalamualaikum...

Terima kasih sekali lagi kepada OhDaus kerana sudi kongsi ruang dengan Alrazi :) Hari ini Alrazi nak berkongsi tips makanan untuk mereka yang berdarah O (saya pun darah O gak). Tips ini diambil dari salah satu koleksi buku yang pernah dibeli lama dulu. Tetiba teringat nak tengok resipi kat dalam buku tu. Jadi, sambil menyelam, minumlah air sekali. hehehe.

Fakta makanan orang berdarah O
  • Sistem pencernaan lebih sesuai dengan pengambilan protein haiwan (daging haiwan). Pengambilan yang tidak seimbang boleh menyebabkan ketosis. Untuk meminimumkan kesan ketosis, pilih daging yang organik atau daging ikan. Kandungan iodin dalam daging ikan boleh membantu mengurangkan berat badan...patutlah aku suka makan daging kambing :)
  • Ambil buah dan sayuran secukupnya (3-5 biji sehari)...susah tu. buah-buah ni jarang beli...
  • Kurangkan sumber makanan karbohidrat seperti nasi...ni paling susah...!!!
  • Kena rajin bersenam!...hehehe...tengok ar kalo rajin :p
  • Mengambil produk kekacang seperti tempe (soya yang tidak difermentasikan tidak baik untuk kesihatan). lihat en3 lepas tentang soya. soya tidak baik untuk kesihatan  


Makanan yang meningkatkan berat badan orang berdarah O 

  • Tepung gandum dan Jagung-gangu fungsi insulin dan memperlahankan metabolisma
  • Kacang merah-ganggu pemanfaatan kalori
  • Kobis, kobis bunga, dan sawi- ganggu fungsi hormon tiroid
Makanan yang baik untuk menurunkan berat badan orang berdarah O
  • Rumpai laut- tingkatkan penghasilan hormon tiroid
  • Hasil laut- ada banyak iodin dan menambah penghasilan hormon tiroid
  • Hati-sumber vit B dan meningkatkan metabolisma badan
  • Daging- Tingkatkan fungsi metabolisma. 
  • Bayam, brokoli dan kailan-Tingkatkan fungsi metabolisma. 

Ok la. Cukup la setakat ni dulu. Lagi banyak aku tulis lagi susah aku sendiri nak buat nanti. Hahaha. Mulakan mana yang paling mudah dan perbaiki dari semasa ke semasa.Aku dah merasa sakit masuk hospital, masuk OT dan sebagainya. Masuk wad penuh dengan orang kencing manis...kene potong kaki. Da la aku ni berisiko tinggi. Memang sangat menginsafka...time tu la. Jadi sekarang nak cuba pelan-pelan. Aku nak sihat bukan sekadar kurus. Maka kena mulakan dengan tabiat makanan. Yang paling utama sekali halalan toyyiba dan menyihatkan. Jom sesama kita menyihatkan badan agar mudah beramal ibadat dan mencari rezeki yang halal untuk keluarga dan orang sekeliling kita.